Selamat Hari Lahir yang ke-33
buat suami yang tersayang Lonnie Chai @ Razali Kah Yun. Disini, Lin ingin meminta maaf atas segala kesalahan dan kesilapan
yang pernah Lin buat terhadap Z.
Namun, Lin tidak dapat menggubah
satu puisi
Yang dapat melukiskan betapa Lin
merindukan Z,
Yang dapat menjelaskan betapa Lin
mencintai Z,
Yang dapat mengatakan pada Z bahawa
hal yang paling indah dalam hidup Lin
Adalah dapat mengenal dan mencintai
Z...
Itulah kenyataannya. Lin tak mungkin
akan jatuh cinta dengan seseorang selain Z. Lin akan berada di sisi Z selagi Z memerlukan diri ini..
Lin juga ingin berterima kasih
pada Z kerana selama ini Z sentiasa memahami Lin malah Z sentiasa memberi dorongan kepada Lin untuk terus maju kehadapan.
Dengan erti kata lain, Z telah mengenalkan erti kehidupan yang sebenarnya kepada Lin.
Untuk pengetahuan Z, terlalu banyak
yang Lin nak tuliskan di sini namun cukuplah dengan kata-kata ini kerana Lin tahu, setiap saat Z juga mencintai diri ini...
Yang Mencintaimu,
Linnie